Saturday, August 15, 2009

Peluang Memborong Produk China


Assalamualaikum w.b.t kepada usahawan-usahawan dan bakal-bakal usahawan...

Kami daripada syarikat Malay Interntional Trade Management and Services (MINTAC) yang merupakan salah sebuah syarikat yang sebelum ini menjalankan aktiviti perniagaan mengimport dan mengeksport beberapa jenis barangan ke Bangladesh dan Indonesia ingin mempelawa usahawan Melayu menyertai syarikat kami meneroka peluang-peluang perniagaan yang terdapat di Negara China.

Sebagaimana yang kita tahu, China adalah merupakan sebuah negara pengeluar yang paling pesat membangun di dunia. Faktor pesaing yang tinggi, kadar gaji yang rendah adalah merupakan antara faktor bagaimana mereka boleh menjual produk mereka dengan harga yang sangat rendah.

Untuk aktiviti pembelian produk di China ini, pihak kami menjalinkan hubungan dengan sebuah syarikat yang amat dibanggakan pencapaiannya, di dalam mengimport produk China. Dan mereka juga telah menjalankan perniagaan ini hampir 9 tahun, di mana Pejabat Pusat mereka terletak di negara China. Yang penting, syarikat tersebut juga dimiliki sepenuhnya oleh warga Bumiputera. Nama Syarikat tersebut adalah Mantrade Trading.
Dengan kata yang mudah, MTMS akan memanjangkan pesanan usahawan-usahawan ke Mantrade Trading, dan pihak Mantrade Trading yang akan melakukan aktiviti-aktiviti pemesanan terus kepada pengilang di China.
Hubungan Mantrade dengan pengeluar-pengeluar di China tidak dapat dinafikan lagi, apabila pihak mereka dapat memberi harga yang terbaik daripada pengeluar, yang mana kita sendiri pun tidak boleh untuk mendapatkan harga sebegitu rupa. Dan yang membanggakan, ramai pemborong-pemborong cina daripada Malaysia, turut berurusan dengan Mantrade Trading di negra China bagi mendapatkan sesuatu produk. Kini setelah mereka membuka cawangan di Kuala Lumpur, mereka hanya membuka peluang ini kepada usahawan-usahawan Melayu sahaja.

Oleh itu, sekali lagi kami mempelawa usahawan-usahawan (Melayu sahaja) menyertai kami dalam menubuhkan Persatuan (Bumiputera) Pemborong Produk China. Dengan harapan ia dapat mengumpul dan merapatkan lagi hubungan antara usahawan-usahawan Melayu di bawah satu bumbung.

Mantrade Trading

Malay Associates Nego-trade atau Mantrade Trading merupakan syarikat yang dibiayai sepenuhnya oleh ECODAM CAPITAL HOLDINGS SDN BHD. Mantrade Trading adalah satu-satunya syarikat Bumiputera mula berkembang maju yang beroperasi di Guangzhou (HQ) , Hong Kong (Branch) dan Malaysia (Branch).

Mantrade Trading telah beroperasi di Guangzhou dan Hong Kong sejak tahun 2002 dan mula beroperasi di Malaysia pada tahun 2008. Bidang kerja kami ialah menguruskan pembelian barang secara borong atau runcit dari kilang di China untuk dieksport ke serata dunia termasuk servis pengiraan cukai, insuran dan penghantaran secara "door to door" hingga sampai ke premis pelanggan.

Siapakah Pelanggan Kami?

Kontraktor Bumiputera Yang Telah Dianugerahkan Mendapat Letter Offer (LO) Tender Kerajaan / Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Vendor Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Kilang-kilang, Syarikat Pemaju Hartanah, Pemborong Pengusaha Industri Kecil Dan Sederhana, Usahawan Kecil Bumiputera

Peranan Syarikat

Memudahkan urusniaga tanpa pelanggan perlu memikirkan kos cukai perdagangan dan sebagainya.

Memastikan produk yang di import/eksport tiba ke destinasi pelanggan dengan pengawasan serta memastikan ianya selamat tanpa sebarang kerosakan dan penipuan. Jika terdapat sebarang kerosakan ke atas produk pelanggan, Mantrade Trading akan memberi jaminan pertukaran produk tanpa sebarang kos tambahan dikenakan ke atas pelanggan.

Meningkatkan daya saing/ ekonomi terutamanya usahawan Bumiputera ke peringkat lebih tinggi sehingga ke tahap global

Sebut harga dikeluarkan oleh Mantrade Trading kepada pelanggan adalah termasuk kos cukai, penghantaran dan insuran sehingga produk sampai ke alamat pelanggan itu sendiri

Berikut adalah beberapa urusniaga yang pernah dijalankan dalam urusan kontrak kerajaan:

1.Membekal bas pameran bergerak kepada Agensi Antidadah Kebangsaan

2.Membekal Roll up Bunting kepada Kementerian Dalam Negeri

3.Membekal Khemah Canopy kepada Majlis Pembandaraan Kangar

4.Membekal Auto Fan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia

5.Membekal Mug beserta cetak logo 4 warna kepada Agensi Antidadah Kebangsaan

6.Membekal Gari kepada Polis Diraja Malaysia

PRODUK

Secara am, Mantrade Trading menguruskan segala produk samada ianya perlu permit atau tidak. Tugas kami memastikan ianya sampai ke premis pelanggan dengan selamat.

Senarai produk yang dieskport dari China ke Malaysia meliputi:

Bahan Binaan, Perabut (Hotel/ Rumah), Lampu dan Kelengkapan, Perkakasan Elektrik, Mesin dan Peralatan Perubatan, Peralatan Pakai Buang. Cth: Picagari, Pakaian dan Alat Keselamatan, Alat-alat Perhubungan/ Komunikasi, Kelengkapan Sanitari, Bahan Tekstil- Kain/ Sutera Putih, Percetakan, Daging Lembu dan dll (Halal), Pakaian dan Kelengkapan, Cenderamata, Perkakas Perubatan Pakai Buang(contoh: Tisu, Picagari dan sebagainya), Peralatan Pertanian dan Ternakan, Bahan – bahan pertanian dan baja, Kelengkapan/ Kemudahan Awam, Peralatan Keselamatan Jalan Raya, Kenderaan - Basikal, Motosikal, Kereta, Kenderaan Pameran Bergerak, Van dan sebagainya, Jentera Berat, Mesin dan Kelengkapan Bengkel, Mesin dan Kelengkapan Khusus/ Generator,Bot/ Pembuatan,Kelengkapan Peralatan dan alat ganti kapal, terbang, Pelincir kenderaan dan Jentera Barat, Peralatan makmal dan Bahan kimia, Pengindahan (Bangunan. Hiasan Jalan/ Kawasan)

Produk yang diuruskan adalah di import dari China. Namun spesifikasi kualiti produk ini akan di nilai oleh pihak Mantrade Trading untuk memastikan ia mengikuti kehendak pelanggan. Sekiranya ada mana-mana produk yang dianggap tidak mengikut kualiti & spesifikasi yang telah ditentukan pelanggan, maka ia akan di ganti oleh pihak Mantrade Trading tanpa ada sebarang kos tambahan dikenakan kepada pelanggan

* kualiti produk China sebenarnya bergantung kepada permintaan pelanggan. Ramai tauke-tauke Cina yang menempah sesuatu produk itu dengan kualiti yg rendah, dgn modal yang kecil. Sebenarnya banyak produk China yang berkualiti.

Persatuan (Bumiputera) Pemborong Produk China (PPPC)

Sebelum ini saya ada menerangkan tentang syarikat Mantrade Trading. Ia merupakan syarikat yang menjalankan kerja-kerja mengimport produk2 China bagi pihak PPPC.

Buat pengetahuan semua, untuk melakukan sesuatu pesanan ke atas produk China, pihak pengeluar di China (kilang) telah menetapkan jumlah kuantiti minimum bagi sesuatu pesanan produk (MOQ).

1. Berkongsi MOQ (Minimum Order Quantity)

Sebagai contoh, telefon bimbit China. Pengeluar menetapkan untuk satu-satu pesanan, kuantiti pesanan mesti tidak kurang daripada 200 unit. Jadi, kuantiti pesanan yang besar menjadi satu masalah bagi usahawan2 yg baru menapak dan yang tidak mempunyai modal yg besar. Oleh itu pihak Mantrade Trading juga tertakluk kepada MOQ tersebut.

Memandangkan masalah ini akan menutup peluang mereka yang baru ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, jadi di sinilah PPPC memainkan peranannya, iaitu mengumpul pesanan-pesanan daripada ahli2nya supaya dapat mencapai MOQ yang telah ditetapkan oleh pengeluar. (MOQ akan dirujuk dengan pihak Mantrade Trading)

Contoh Kes :

Produk : Computer Optical Mouse

MOQ : 200pcs

Mungkin agak mustahil sebagai usahawan baru dan kecil anda akan membeli produk di atas sehingga 200 unit seorang. Mungkin atas faktor kewangan atau faktor tidak mahu menyimpan stok yang banyak. Oleh itu, apa kata MOQ tersebut dikongsi dengan sesama ahli persatuan yang menjalankan bidang perniagaan yang sama.

2. Menawarkan produk terkini/berpotensi kepada Ahli dari semasa ke semasa.

Dengan kerjasama dengan pihak Mantrade Trading, PPPC akan mewujudkan satu katalog produk-produk terkini dan mempunyai nilai pasaran kepada ahli-ahli di dalam web rasmi PPPC. Seterusnya ahli-ahli dapat membuat pesanan secara online.

Merujuk kepada dua perkara utama di atas, ia amat memudahkan dan memberi peluang kepada usahawan-usahawan kecil bagi mendapatkan produk yang terkini secara cepat dan yang penting murah. Murah? Sejauh manakah murahnya produk yang diimport oleh usahawan melalui PPPC ini? Kebiasannya usahawan-usahawan akan mendapatkan bekalan daripada pembekal atau pemborong yang ada di Malaysia. Contoh anda mendapatkan sesuatu produk dgn harga RM5.00 seunit dan anda menjualnya dengan harga RM7.00 seunit. Sebenarnya, berapakah harga untuk pemborong itu bagi mendapatkan produk tersebut? Adakah anda ingin mendapatkan harga sepertimana pemborong tersebut dapat? Atau mungkin lebih murah daripada apa yang pemborong tersebut dapat? PPPC mendapati usahawan mampu mendapat keuntungan sehingga 100% atau mungkin lebih dengan mendapatkan produk China terus kepada pengeluar. Mantrade dan PPPC hanya bertindak sebagai pihak yang menguruskan pesanan dan penghantaran sahaja. Kami bukan menjual produk.

Jadi, kita sendiri dapat melihat, betapa besarnya peluang dan potensi yang dibukakan oleh pihak Mantrade ini. Anda sebagai usahawan kecil, bakal jadi usahawan besar dengan menjadi pembekal/pemborong kepada peniaga-peniaga yang lain.

Oleh itu, saya menyeru sokongan anda dalam merealisasikan matlamat MTMS ini demi menjaga dan memartabatkan ekonomi Melayu.

Untuk ini, MTMS akan mengadakan SEMINAR PELUANG PERNIAGAAN PRODUK CHINA yang akan disampaikan oleh wakil daripada pihak Mantrade Trading sendiri.

Lokasi : Ipoh Perak.

Tempat : belum ditentukan lagi

Tarikh : belum ditentukan lagi

Kekosongan : tempat terhad

Yuran : RM100.00


Utk kawasan2 lain, bergantung kepada sambutan.

Kepada yang berminat dan menyokong akan pertubuhan persatuan ini, sila email detail peribadi ke malay.wholesalers@gmail.com


Nama :

Alamat :

Umur :

No. Tel :

Kategori produk yg diminati utk diniagakan :

Kuasa Modal : RM....... (xde modal pun xpe. just utk survey)


(Untuk Perkembangan terkini, sudi-sudilah berforum di http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=93037)

Regards,

eddie80

(019-4242 256)